Wednesday, November 21, 2012
Tahniah kepada yang berjaya
Tahniah kepada adik Nurul Fazira kerana memperolehi 5A dan kepada 4 orang pelajar lagi yang berjaya memperolehi 4A 1B. Kepada yang kurang berjaya, masih ada ruang lagi untuk memperbaikinya kerana perjalanan untuk menimba ilmu masih jauh. Gagal atau kurang menyerlah pada UPSR kali ini bukan penghalang untuk terus berjaya di masa hadapan, tetapi jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk terus berjaya dan memperbaiki diri. Kepada warga pendidik Tahun 6 2012, janganlah berputus asa tetapi jadikanlah ini satu cabaran untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan menghasilkan pelajar yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi. Insyaalah SKDKP akan bangkit semula pada UPSR 2013 dengan gandingan guru-guru baru yang lebih mantap dan berkaliber dibandingkan tahun sebelumnya. Sesungguhnya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan yang lalu. Terimakasih warga pendidik SKDKP Tahun 6 2012.
Sunday, November 11, 2012
Selamat Tinggal SKDKP
Berakhir sudah sessi persekolahan peringkat rendah bagi pelajar Tahun 6 2012 SKDKP. Pastinya banyak kenangan manis yang terpahat di hati mereka.Terimakasih diucapkan kepada semua guru yang telah mendidik mereka sejak berumur 7 tahun lagi sehinggalah ke saat ini. Insyaallah, keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 19hb November ini. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.
Wednesday, November 7, 2012
HARI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 6 2012
Majlis Qurban Peringkat Sekolah
Bertarikh 5hb November 2012, sekolah telah mengadakan majlis qurban peringkat sekolah, Terimakasih diucapkan kepada semua warga skdkp dan AJK PIBG yang turut bersama menjayakan majlis tersebut. Moga ibadah qurban kita diterima Allah. Insyaallah.
Subscribe to:
Posts (Atom)