Saturday, December 18, 2010

Azam 2011

Insya Allah sesi persekolahan bagi sesi 2011 akan bermula setelah 2010 melabuhkan tirainya. Segala pengalaman yang lalu pastinya akan mengajar warga guru skdkp untuk memberikan komitmen yang terbaik demi mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu. Sesi persekolahan akan bermula pada 3hb Jan 2011 ini, semoga guru-guru skdkp dan murid-murid khasnya murid Tahun 1 akan ceria pada hari pertama persekolahan dan bersedia untuk menimba ilmu...

Thursday, November 18, 2010

Hari Terakhir Sessi 2010




Hari ini 19hb Nov menyaksikan hari terakhir sessi persekolahan 2010. Inilah barisan guru yang akan terus memberikan khidmat bakti untuk sessi akan datang kecuali Cikgu Azlinda yang akan berpindah ke Perak. Semoga Cikgu Azlina akan terus menabur bakti di tempat baru.

Sunday, November 14, 2010


15hb Nov- Syukur alhamdulillah keputusan UPSR telah diumumkan dimana 4 orang pelajar kita telah mendapat 5A. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, teruskan kecemerlangan apabila berada di sekolah menengah kelak. Kepada yang kurang menyerlah teruskan usaha memperbaiki diri kerana masih banyak ruang lagi untuk kita terus berusaha. Sekali lagi tahniah dari pihak sekolah, buatlah yang terbaik kerana kami guru-guru SKDKP pastinya akan memerhati kamu dari jauh. Kalau orang lain mengatakan kita lemah, pastinya kita ada kelebihan yang tersendiri dari sudut lain.

Sunday, November 7, 2010

Masanya hampir tiba

Masanya sudah hampir tiba...... berita angin membisikkankan keputusan UPSR akan diketahui pada 11 hb November ini. Pastinya debaran sudah semakin kekemuncak, bukan hanya pelajar tahun 6 sahaja malah guru-guru turut merasakan bahang debarannya. Insya Allah bagi pihak sekolah dan guru-guru pastinya telah mengusahakan segala yang termampu demi untuk membantu pelajar tahun 6 menggapai impian yang terbaik buat mereka. Berjaya atau gagalnya disini bukan jalan terakhir, tetapi hanya sekadar satu anjakan permulaan untuk melangkah maju setapak lagi kehadapan, masih banyak ruang lagi untuk kita memperbaiki diri. Pada yang berjaya, ingatlah jasa ibubapa, guru-guru serta rakan-rakan yang banyak membantu kita, pada yang kurang menyerlah, teruskan usaha kerana masih banyak ruang lagi di hdapan kita untuk kita memperbaiki keadaan. ... insya allah.

Pertandingan Futsal Daerah Seremban


18hb Oktober. Kejohanan Futsal Piala Pengarah Negeri Sembilan Seremban Barat telah diadakan di padang sekolah dengan disertai oleh hampir 20 sekolah sekitar Seremban dengan penglibatan pelajar tahun 6 bagi kategori lelaki dan perempuan. SKKLIA menjuarai pertandingan bagi kedua-dua kategori. Bagi pasukan sekolah masih ada ruang untuk memperbaiki pasukan sekolah khasnya bagi pelajar tahun 6 tahun depan pula. Selagi lagi tahniah pada yang berjaya, pada yang tewas cuba lagi tahun hadapan.

Wednesday, October 13, 2010

Ceramah Kecemerlangan Sahsiah




11hb Okt- Ceramah bertajuk Kecemerlangan Sahsiah telah disampaikan oleh aktivitis En Hamidon Samad. Ceramah berkisar mengenai permasaalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah, merempit, buang bayi, black metal dan banyak lagi. Semoga dengan adanya ceramah sedemikian akan mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap masaalah sosial yang semakin menular kebelakangan ini.

Tuesday, September 28, 2010

Selesai Sudah Perjuangan

Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan UPSR setelah hampir 9 bulan bekerja keras mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Pihak sekolah dan warga guru berdoa dan mengharapkan pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Moga-moga impian akan menjadi kenyataan. Segala usaha telah dilakukan, kini tibalah masanya untuk kita berdoa dan bertawakal kepada Allah.

Tuesday, August 24, 2010

Memohon Kelapangan Dada

'Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku'

(Surah Taha ayat 25-26)

( Nabi Musa memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Fir'aun yang terkenal sebagai raja yang kejam)

Dalam pelajar Tahun 6 meniti hari-hari yang tinggal tidak beberapa hari lagi menjelangnya UPSR, seringlah memanjangkan doa kepada Allah s.w.t. dalam segala urusan kita. Pengisian ilmu secara rohaniah juga perlu diseimbangkan didalam mengejar cita-cita dan harapan. Berdoa kepada Nya semoga apa saja perkara dan urusan dipermudahkan dan ingatan kita diperlapangkan . Insya Allah.

Tuesday, August 10, 2010

Ketenangan Ustaz Azman


Di dalam ketekunan dan kesungguhan Ustaz Azman mendidik pelajar, beliau tertidur keletihan. Mungkin dengan kesempatan yang ada ini, akan menjana minda dan fikiran Ustaz Azman demi mendidik anak bangsa terutamanya dalam subjek Pendidikan Agama Islam.

Tuesday, July 27, 2010

Mari direnungkan sejenak

" Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, Dia beri saya kaktus berduri.... Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi saya ulat berbulu... Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..... Itulah jalan Allah... Indah pada masanya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan..... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..... Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..... Insya Allah.. Oleh itu janganlah kita sekadar berharap saja.. tanpa usaha harapan akan tinggal harapan. Jika kita rasa kita lemah... ada yang lebih lemah lagi dari kita... jika kita rasa orang lebih baik dari kita... kita juga sebenarnya ada kelebihan dan kekuatan dari sudut lain. Oleh itu berusahalah anak murid ku... Insya Allah tuhan sedang mengatur yang terbaik untuk mu..."
: buat Tahun 6

Sunday, May 2, 2010

Penubuhan SKDKP




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini adalah sekolah yang pertama di kawasan Lenggeng. Pada awal 1890, Sekolah Lenggeng dikenali sebagai Sekolah Atap Ijok yang dibina di Pekan Lenggeng. Kemudian ia dipindahkan ke tapak baru yang terletak 1km daripada Pekan Lenggeng. Pada masa itu murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki sahaja. Pengambilan murid perempuan dimulakan selepas mendapat bangunan baru. Sekolah ini kemudiannya dijadikan Sekolah Rendah Pusat Lenggeng kerana menjadi tumpuan pelajar sekitar Zon Lenggeng.

Pada tahun 1890, sekolah Melayu yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Lenggeng telah dibina. Sekolah ini terletak kira-kira 25km dari Bandar Seremban. Didirikan di kawasan seluas 7 ekar. Kawasan sekitarnya terdiri daripada perkampungan Melayu, ladang-ladang getah dan dua buah perkampungan baru Cina.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Namun kemudian ia ditambah selaras dengan kemajuan pendidikan. Bangunan baru telah bertambah kepada 3 blok bangunan tambahan.

Kurikulum asas sekolah ini ialah berorientasikan Bahasa Melayu. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu menyebabkan perubahan berlaku di sekolah ini. Kurikulum berorientasikan Bahasa Inggeris mula diperkenalkan. Pentabiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Melayu dan Sekolah Rendah Inggeris.
Pada tahun 1972 ia digabungkan kembali menjadi satu pusat pentabiran baru iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng. Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra mendapat namanya sempena mengambil nama Undang Luak Sg. Ujung iaitu Dato’ Klana.