Tahniah diucapkan kepada adik Nur Azaleen, adik Nurfara Izzatul dan adik Nur Aiman diatas kejayaan memperolehi 5A didalam UPSR 2011. Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatat keputusan yang baik iaitu 1.87 bagi tahun 2011 berbanding 2.09 pada tahun sebelumnya 2010. Semoga mereka terus berjaya. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah masih banyak ruang untuk memperbaiki diri kerana yang pastinya ini hanyalah permulaan.
Thursday, November 17, 2011
Tahniah
Tahniah diucapkan kepada adik Nur Azaleen, adik Nurfara Izzatul dan adik Nur Aiman diatas kejayaan memperolehi 5A didalam UPSR 2011. Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatat keputusan yang baik iaitu 1.87 bagi tahun 2011 berbanding 2.09 pada tahun sebelumnya 2010. Semoga mereka terus berjaya. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah masih banyak ruang untuk memperbaiki diri kerana yang pastinya ini hanyalah permulaan.
Sunday, November 6, 2011
Peristiwa Aidil Adha
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim  bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih  anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi  Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka  berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata,  “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu  merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya,  Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu  dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah  persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa  puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak  menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini  membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi  Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri.  Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau  apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan  tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi  Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah  anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih  adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata  ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang  tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian  Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan  dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu  memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah  mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim  pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi  alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah  anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T,  kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana  memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Friday, November 4, 2011
Salam Aidil Adha

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SKDKP. Semoga semua ibadah korban kita diterima Allah. Sekolah akan bercuti sehingga hari Selasa 8hb Nov disusuli dengan aktiviti ibadah korban peringkat sekolah pada 9hb Nov beserta dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak pada hari yang sama. Semoga aktiviti sedemikian akan membuahkan ikatan ukhwah yang terbaik dikalangan semua warga SKDKP dan masyarakat setempat. Insyaallah.
Subscribe to:
Comments (Atom)