Thursday, May 5, 2011

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Monday, April 18, 2011



19hb April, Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak sekolah kerana berjaya sampai ke tahap suku akhir dalam pertandingan bolasepak di bawah program pembangunan bola sepak Yayasan Negeri Sembilan yang membolehkan pasukan sekolah menerima hadiah saguhati RM300 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .

Sunday, April 17, 2011

Sessi LDP SKDKP



16hb April. Satu sessi LDP yang bertajuk SKPM telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Jemaah Nasir Negeri Sembilan untuk merungkai tajuk yang disampaikan. Mereka yang dimaksudkan ialah Hajah Puan Siti Rohani dan Puan Salbiah yang memberi penerangan terperinci mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Sessi tersebut bermula dari pukul 10.15 pagi dan berakhir tepat 12.30 tengahari dan dihadiri oleh semua warga pendidik SKDKP. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada kedua-dua nazir yang sudi hadir pada sessi tersebut.

Wednesday, March 30, 2011

Renungan

Jangan jadi bodoh mesti jadi pandai. Jangan jadi jahat mesti jadi baik. Jangan jadi malas mesti jadi rajin. Jangan jadi miskin mesti jadi kaya. Jangan jadi malang mesti jadi cemerlang. Jangan jadi goblok mesti jadi glokal. Jangan jadi lemah mesti jadi kuat. Jangan jadi takut mesti jadi berani. Jangan jadi biasa mesti jadi hebat. Sesiapa yang lebih baik daripada semalam ialah orang yang berjaya. Orang yang sentiasa sama seperti semalam ialah orang yang terpedaya. Sesiapa yang lebih buruk daripada semalam ialah orang yang celaka.

Saturday, March 12, 2011

1 Malaysia 1 Ummah


11hb Mac. Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah dimulakan dengan perarakan sekitar kawasan sekolah. Diantara perisian majlis ialah ceramah yang disampaikan oleh Uztad Yusri dari Unit JQAF JPNS. Hadiah pertandingan pula disampaikan oleh GB SKDKP, Tn Hj Kamaruddin. Turut Hadir ialah YDP En Khairul Azmi bersama NYDP En Mohd Salim.

Wednesday, March 9, 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan


9hb Mac. Satu sesi LDP telah diadakan di Makmal ICT SKDKP dengan disertai oleh semua tenaga pengajar SKDKP dan guru-guru yang dijemput dari SK Daching, SK Sungai Machang, SK Sungai Jai dan SK Mendom. Tajuk LDP ialah Pelaksanaan PBS dan disampaikan oleh 4 orang penceramah dari PPD Seremban yang diketuai oleh Tn Haji Azaman bin Baharuddin. Semoga dengan latihan yang sedemikian akan memberi input serta info yang lebih jelas kepada semua guru.

Wednesday, March 2, 2011


Mesyuarat Agung PIBG SKDKP kali ke 36 telah di adakan pada 2hb Mac 2011. Mesyuarat dirasmikan oleh Yb ADUN Lenggeng. Mesyuarat kali ini menyaksikan perlantikan AJK yang baru bagi sessi 2011-2013.

Thursday, February 17, 2011


Kenali Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan

Tuesday, February 8, 2011

Perjumpaan kecemerlangan tahun 6



8hb Feb. Perjumpaan tiga penjuru bersama pelajar tahun 6, ibubapa dan tenaga pengajar skdkp telah diadakan bertujuan untuk membincangkan program - program kecemerlangan yang akan dijalankan. Pelajar juga membaca ikrar dan menandatangani akujanji bersama ibubapa dan guru mereka. Semoga pelajar Tahun 6 2011 akan lebih cemerlang, insyaallah.

Wednesday, January 19, 2011

Jasamu akan tetap dalam ingatan


19hb Jan 2011. Pn Hajah Roslida binti Haji Darus akan bertukar ke SK Mantin setelah berkhidmat di SKDKP hampir 11 tahun selaku guru besar. Khamis 27hb Januari ini merupakan hari terakhir beliau berada di sekolah ini. Segala khidmat dan bakti beliau akan tetap dikenang dan akan sentiasa berada dalam ingatan warga SKDKP. Semoga beliau akan terus menabur bakti cemerlangnya sepertimana yang dilakukan di SKDKP.

Wednesday, January 12, 2011

Hari terakhir di SKDKP


13hb Jan 2011. Hari ini merupakan hari terakhir GPK 1 Puan Nor Laila Khalid di SKDKP. Beliau akan bertukar ke SK Ulu Beranang sebagai GPK 1 bermula 17hb ini. Semoga Puan Nor Laila akan terus memberikan khidmat cemerlangnya di sana. Mengikut jejak beliau ialah Encik Azizul yang juga akan bertukar ke SK Sungai Jai. Selamat maju jaya kepada keduanya.

Sunday, January 2, 2011

Hari pertama persekolahan 2011


3hb Jan. Hari pertama persekolahan menyaksikan pelbagai ragam pelajar khasnya murid Tahun 1. Ada yang menangis. ada yang tersenyum girang semasa berada dalam kelas pada hari pertama persekolahan.




Saturday, December 18, 2010

Azam 2011

Insya Allah sesi persekolahan bagi sesi 2011 akan bermula setelah 2010 melabuhkan tirainya. Segala pengalaman yang lalu pastinya akan mengajar warga guru skdkp untuk memberikan komitmen yang terbaik demi mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu. Sesi persekolahan akan bermula pada 3hb Jan 2011 ini, semoga guru-guru skdkp dan murid-murid khasnya murid Tahun 1 akan ceria pada hari pertama persekolahan dan bersedia untuk menimba ilmu...

Thursday, November 18, 2010

Hari Terakhir Sessi 2010




Hari ini 19hb Nov menyaksikan hari terakhir sessi persekolahan 2010. Inilah barisan guru yang akan terus memberikan khidmat bakti untuk sessi akan datang kecuali Cikgu Azlinda yang akan berpindah ke Perak. Semoga Cikgu Azlina akan terus menabur bakti di tempat baru.

Sunday, November 14, 2010


15hb Nov- Syukur alhamdulillah keputusan UPSR telah diumumkan dimana 4 orang pelajar kita telah mendapat 5A. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, teruskan kecemerlangan apabila berada di sekolah menengah kelak. Kepada yang kurang menyerlah teruskan usaha memperbaiki diri kerana masih banyak ruang lagi untuk kita terus berusaha. Sekali lagi tahniah dari pihak sekolah, buatlah yang terbaik kerana kami guru-guru SKDKP pastinya akan memerhati kamu dari jauh. Kalau orang lain mengatakan kita lemah, pastinya kita ada kelebihan yang tersendiri dari sudut lain.

Sunday, November 7, 2010

Masanya hampir tiba

Masanya sudah hampir tiba...... berita angin membisikkankan keputusan UPSR akan diketahui pada 11 hb November ini. Pastinya debaran sudah semakin kekemuncak, bukan hanya pelajar tahun 6 sahaja malah guru-guru turut merasakan bahang debarannya. Insya Allah bagi pihak sekolah dan guru-guru pastinya telah mengusahakan segala yang termampu demi untuk membantu pelajar tahun 6 menggapai impian yang terbaik buat mereka. Berjaya atau gagalnya disini bukan jalan terakhir, tetapi hanya sekadar satu anjakan permulaan untuk melangkah maju setapak lagi kehadapan, masih banyak ruang lagi untuk kita memperbaiki diri. Pada yang berjaya, ingatlah jasa ibubapa, guru-guru serta rakan-rakan yang banyak membantu kita, pada yang kurang menyerlah, teruskan usaha kerana masih banyak ruang lagi di hdapan kita untuk kita memperbaiki keadaan. ... insya allah.

Pertandingan Futsal Daerah Seremban


18hb Oktober. Kejohanan Futsal Piala Pengarah Negeri Sembilan Seremban Barat telah diadakan di padang sekolah dengan disertai oleh hampir 20 sekolah sekitar Seremban dengan penglibatan pelajar tahun 6 bagi kategori lelaki dan perempuan. SKKLIA menjuarai pertandingan bagi kedua-dua kategori. Bagi pasukan sekolah masih ada ruang untuk memperbaiki pasukan sekolah khasnya bagi pelajar tahun 6 tahun depan pula. Selagi lagi tahniah pada yang berjaya, pada yang tewas cuba lagi tahun hadapan.

Wednesday, October 13, 2010

Ceramah Kecemerlangan Sahsiah




11hb Okt- Ceramah bertajuk Kecemerlangan Sahsiah telah disampaikan oleh aktivitis En Hamidon Samad. Ceramah berkisar mengenai permasaalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah, merempit, buang bayi, black metal dan banyak lagi. Semoga dengan adanya ceramah sedemikian akan mempertingkatkan lagi kesedaran pelajar terhadap masaalah sosial yang semakin menular kebelakangan ini.