Tuesday, July 27, 2010

Mari direnungkan sejenak

" Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, Dia beri saya kaktus berduri.... Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi saya ulat berbulu... Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..... Itulah jalan Allah... Indah pada masanya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan..... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..... Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..... Insya Allah.. Oleh itu janganlah kita sekadar berharap saja.. tanpa usaha harapan akan tinggal harapan. Jika kita rasa kita lemah... ada yang lebih lemah lagi dari kita... jika kita rasa orang lebih baik dari kita... kita juga sebenarnya ada kelebihan dan kekuatan dari sudut lain. Oleh itu berusahalah anak murid ku... Insya Allah tuhan sedang mengatur yang terbaik untuk mu..."
: buat Tahun 6

Sunday, May 2, 2010

Penubuhan SKDKP




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini adalah sekolah yang pertama di kawasan Lenggeng. Pada awal 1890, Sekolah Lenggeng dikenali sebagai Sekolah Atap Ijok yang dibina di Pekan Lenggeng. Kemudian ia dipindahkan ke tapak baru yang terletak 1km daripada Pekan Lenggeng. Pada masa itu murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki sahaja. Pengambilan murid perempuan dimulakan selepas mendapat bangunan baru. Sekolah ini kemudiannya dijadikan Sekolah Rendah Pusat Lenggeng kerana menjadi tumpuan pelajar sekitar Zon Lenggeng.

Pada tahun 1890, sekolah Melayu yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Lenggeng telah dibina. Sekolah ini terletak kira-kira 25km dari Bandar Seremban. Didirikan di kawasan seluas 7 ekar. Kawasan sekitarnya terdiri daripada perkampungan Melayu, ladang-ladang getah dan dua buah perkampungan baru Cina.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Namun kemudian ia ditambah selaras dengan kemajuan pendidikan. Bangunan baru telah bertambah kepada 3 blok bangunan tambahan.

Kurikulum asas sekolah ini ialah berorientasikan Bahasa Melayu. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu menyebabkan perubahan berlaku di sekolah ini. Kurikulum berorientasikan Bahasa Inggeris mula diperkenalkan. Pentabiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Melayu dan Sekolah Rendah Inggeris.
Pada tahun 1972 ia digabungkan kembali menjadi satu pusat pentabiran baru iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng. Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra mendapat namanya sempena mengambil nama Undang Luak Sg. Ujung iaitu Dato’ Klana.