Tuesday, September 28, 2010
Selesai Sudah Perjuangan
Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan UPSR setelah hampir 9 bulan bekerja keras mempersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Pihak sekolah dan warga guru berdoa dan mengharapkan pelajar akan beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Moga-moga impian akan menjadi kenyataan. Segala usaha telah dilakukan, kini tibalah masanya untuk kita berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Tuesday, August 24, 2010
Memohon Kelapangan Dada
'Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku'
(Surah Taha ayat 25-26)
( Nabi Musa memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Fir'aun yang terkenal sebagai raja yang kejam)
Dalam pelajar Tahun 6 meniti hari-hari yang tinggal tidak beberapa hari lagi menjelangnya UPSR, seringlah memanjangkan doa kepada Allah s.w.t. dalam segala urusan kita. Pengisian ilmu secara rohaniah juga perlu diseimbangkan didalam mengejar cita-cita dan harapan. Berdoa kepada Nya semoga apa saja perkara dan urusan dipermudahkan dan ingatan kita diperlapangkan . Insya Allah.
(Surah Taha ayat 25-26)
( Nabi Musa memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Fir'aun yang terkenal sebagai raja yang kejam)
Dalam pelajar Tahun 6 meniti hari-hari yang tinggal tidak beberapa hari lagi menjelangnya UPSR, seringlah memanjangkan doa kepada Allah s.w.t. dalam segala urusan kita. Pengisian ilmu secara rohaniah juga perlu diseimbangkan didalam mengejar cita-cita dan harapan. Berdoa kepada Nya semoga apa saja perkara dan urusan dipermudahkan dan ingatan kita diperlapangkan . Insya Allah.
Tuesday, August 10, 2010
Ketenangan Ustaz Azman
Tuesday, July 27, 2010
Mari direnungkan sejenak
" Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, Dia beri saya kaktus berduri.... Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi saya ulat berbulu... Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..... Itulah jalan Allah... Indah pada masanya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan..... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..... Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..... Insya Allah.. Oleh itu janganlah kita sekadar berharap saja.. tanpa usaha harapan akan tinggal harapan. Jika kita rasa kita lemah... ada yang lebih lemah lagi dari kita... jika kita rasa orang lebih baik dari kita... kita juga sebenarnya ada kelebihan dan kekuatan dari sudut lain. Oleh itu berusahalah anak murid ku... Insya Allah tuhan sedang mengatur yang terbaik untuk mu..."
: buat Tahun 6
Sunday, May 2, 2010
Penubuhan SKDKP
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini adalah sekolah yang pertama di kawasan Lenggeng. Pada awal 1890, Sekolah Lenggeng dikenali sebagai Sekolah Atap Ijok yang dibina di Pekan Lenggeng. Kemudian ia dipindahkan ke tapak baru yang terletak 1km daripada Pekan Lenggeng. Pada masa itu murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki sahaja. Pengambilan murid perempuan dimulakan selepas mendapat bangunan baru. Sekolah ini kemudiannya dijadikan Sekolah Rendah Pusat Lenggeng kerana menjadi tumpuan pelajar sekitar Zon Lenggeng.
Pada tahun 1890, sekolah Melayu yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Lenggeng telah dibina. Sekolah ini terletak kira-kira 25km dari Bandar Seremban. Didirikan di kawasan seluas 7 ekar. Kawasan sekitarnya terdiri daripada perkampungan Melayu, ladang-ladang getah dan dua buah perkampungan baru Cina.
Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Namun kemudian ia ditambah selaras dengan kemajuan pendidikan. Bangunan baru telah bertambah kepada 3 blok bangunan tambahan.
Kurikulum asas sekolah ini ialah berorientasikan Bahasa Melayu. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu menyebabkan perubahan berlaku di sekolah ini. Kurikulum berorientasikan Bahasa Inggeris mula diperkenalkan. Pentabiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Melayu dan Sekolah Rendah Inggeris.
Pada tahun 1972 ia digabungkan kembali menjadi satu pusat pentabiran baru iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng. Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra mendapat namanya sempena mengambil nama Undang Luak Sg. Ujung iaitu Dato’ Klana.
Subscribe to:
Posts (Atom)