Tuesday, February 28, 2012

Mesyuarat PIBG ke 37













Mesyuarat Agung PIBG SKDKP kali ke 37 telah diadakan pada 24hb Februari 2012 dirasmikan oleh Dato' Haji Mohammad Razi bin Kail, Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan. Banyak perkara yang telah diperbincangkan didalam mesyuarat kali ini. Terimakasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' diatas sumbangannya kepada pihak sekolah,.

Friday, February 17, 2012

Berita PIBG 2012


Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG SK Dato Klana Putra dibawah teraju YDP En Khairul Azmi kerana tercalon sebagai PIBG terbaik daerah Seremban. PIBG SK Dato Klana Putra akan mewakili daerah Seremban untuk bertanding ke peringkat negeri. Seterusnya, andai ada rezeki akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Sekali lagi ucapan tahniah buat semua yang terlibat.

Thursday, November 17, 2011

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada adik Nur Azaleen, adik Nurfara Izzatul dan adik Nur Aiman diatas kejayaan memperolehi 5A didalam UPSR 2011. Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatat keputusan yang baik iaitu 1.87 bagi tahun 2011 berbanding 2.09 pada tahun sebelumnya 2010. Semoga mereka terus berjaya. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah masih banyak ruang untuk memperbaiki diri kerana yang pastinya ini hanyalah permulaan.

Sunday, November 6, 2011

Peristiwa Aidil Adha

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha





Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SKDKP. Semoga semua ibadah korban kita diterima Allah. Sekolah akan bercuti sehingga hari Selasa 8hb Nov disusuli dengan aktiviti ibadah korban peringkat sekolah pada 9hb Nov beserta dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak pada hari yang sama. Semoga aktiviti sedemikian akan membuahkan ikatan ukhwah yang terbaik dikalangan semua warga SKDKP dan masyarakat setempat. Insyaallah.

Monday, October 10, 2011

Sessi LDP



Satu sessi LDP mengenai Pengurusan Aset telah disampaikan oleh Encik Fahmee dari SMK Taman Semarak. En Fahmee yang amat berpengetahuan luas dalam pengurusan aset pernah bertugas di unit pengurusan aset JPNS telah menerangkan secara terperinci mengenai segala pengurusan aset harta kerajaan. Semoga dengan ilmu ini dapat dimanafaatkan sebaiknya oleh semua warga SKDKP.

Wednesday, September 14, 2011

Semoga Berjaya

Semoga anak didik Tahun 6 yang sedang menduduki UPSR 2011 dari 13-15hb Sept akan berjaya mendapat keputusan yang baik. Guru-guru SKDKP sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Insyaallah.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Warga kerja unit ICT SKDKP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SKDKP dan umat Islam yang mengenali kami. Kami pohon maaf, zahir dan batin sepanjang kami mengurus dan berinteraksi melalui medium blog ini. Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami. ' Bergembiralah di Aidilfitri ni dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan'.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan 1432H


Syukur ke hadrat ILAHI memberikan kita peluang merasai Ramadan untuk tahun ini. Hayatilah RAMADAN sebaiknya. SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA.

Saturday, July 30, 2011

Selamat Bersara Cikgu Ishak












29hb Julai. Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Ishak berkhidmat di SKDKP mengakhiri perkhidmatannya sebagai orang guru setelah 37 tahun mencurahkan khidmat baktinya. Majilis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan gb, ucapan cikgu ishak sendiri diikuti dengan persembahan guru, murid-murid dan diakhiri dengan sesi pemberian hadiah. Suasana sedih jelas tergambar di riak muka semua warga SKDKP. Semua warga SKDKP beratur bersalaman dengan Cikgu Ishak sebelum 'sending off' di adakan. Pada sebelah petangnya pula diadakan majlis 'hi-tea' bertempat di Hotel seri Malaysia, Seremban, diraikan oleh Kelab Guru dan PIBG SKDKP. Semoga Cikgu Ishak dan keluarga sihat sejahtera dan terus maju jaya setelah bergelar pesara.

Friday, June 24, 2011

Pertemuan 3 Penjuru

Hari ini 24hb Jun. Pertemuan 3 Penjuru Hari Terbuka SKDKP diadakan diantara guru kelas, penjaga dan pelajar. Pertemuan bertujuan untuk membincangkan pencapaian prestasi pelajar di dalam peperiksaan semester 1 yang baru diadakan. Tepat pukul 10 pagi pertemuan diantara guru, ibubapa dan pelajar Tahun 6 pula diadakan untuk membincangkan prestasi keseluruhan pelajar menjelangnya UPSR pada bulan 9 ini.

Monday, June 6, 2011

Pengumuman

Hari Kantin SKDKP akan diadakan pada 3hb Julai 2011 bertempat di padang SKDKP bertujuan untuk menambah dana tabung PIBG. Semua aktviti pembelian makanan dan barangan pada Hari Kantin tersebut adalah dengan menggunakan kupon. Kupon boleh dibeli dari pihak urusetia mulai sekarang. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Kantin tersebut. Terimakasih dari kami.

Monday, May 30, 2011

SELAMAT BERCUTI PERTENGAHAN SEMESTER. Pastikan semua warga SKDKP melakukan perkara yang berfaedah dan yang mendatangkan manafaat pada kita semua semasa cuti ini. Jangan lupa mentelaah buku pelajaran di rumah.

Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti Terkini

Bengkel ADaP dengan kerjasama Utusan Malaysia dan pertandingan mewarna anjuran pihak Bank Rakyat akan diadakan pada 26hb Mei 2011 bertempat di dewan SKDKP.

Saturday, May 14, 2011

Selamat Hari Guru 2011



16hb Mei. Warga Kerja Unit ICT SKDKP mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SKDKP. Bertemakan Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, agar ianya menjadi pemangkin kepada kesungguhan dan komitmen warga pendidik demi mendidik anak bangsa. Sekali lagi SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik.

Thursday, May 5, 2011

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

Monday, April 18, 2011



19hb April, Tahniah diucapkan kepada pasukan bolasepak sekolah kerana berjaya sampai ke tahap suku akhir dalam pertandingan bolasepak di bawah program pembangunan bola sepak Yayasan Negeri Sembilan yang membolehkan pasukan sekolah menerima hadiah saguhati RM300 yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan .

Sunday, April 17, 2011

Sessi LDP SKDKP



16hb April. Satu sessi LDP yang bertajuk SKPM telah disampaikan oleh dua orang penceramah dari Jemaah Nasir Negeri Sembilan untuk merungkai tajuk yang disampaikan. Mereka yang dimaksudkan ialah Hajah Puan Siti Rohani dan Puan Salbiah yang memberi penerangan terperinci mengenai Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Sessi tersebut bermula dari pukul 10.15 pagi dan berakhir tepat 12.30 tengahari dan dihadiri oleh semua warga pendidik SKDKP. Pihak sekolah mengucapkan terimakasih kepada kedua-dua nazir yang sudi hadir pada sessi tersebut.