Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H



Salam Ramadhan 1433H buat semua warga SKDKP. Semoga amalan kita diberkati Allah dan hayatilah Ramadhan ini sebaik mungkin. Insyaallah.

Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang


Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin, GB SKDKP pada 19hb Julai. Moga dengan pelancaran ini, semangat cinta dan sayangkan Jalur Gemilang akan lebih dihayati oleh generasi muda khasnya semua warga pelajar SKDKP

Friday, July 13, 2012

Tahniah

Warga SKDKP mengucapkan tahniah kepada Encik Lukmanurhakim dan Puan Roslinah kerana telah terpilih menerima APC bagi 2011. Semoga pada tahun hadapan akan meneruskan kecemerlangan didalam mendidik anak bangsa.

Thursday, May 3, 2012

Saturday, April 14, 2012

Selamat Bersara




16hb April 2012 ini merupakan hari terakhir buat Puan Salmah Dari berkhidmat di SKDKP kerana bersara wajib setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau bertukar ke SKDKP pada 2004 dan sempat menabur bakti selama 8 tahun sebagai GPK KK, GPK HEM dan akhir sekali sebagai GPK 1. Warga SKDKP mengucapkan jutaan terimakasih di atas khidmat bakti beliau selama berada di SKDKP. Semoga Puan Salmah Dari berbahagia disamping keluarga tersayang.

Monday, April 9, 2012

Tahniah SKDKP


Tahniah buat pasukan bolasepak SKDKP kerana berjaya bergelar Naib Johan MSSNS Seremban 1. Pasukan bolasepak berjaya ke final namun tewas tipis melalui sepakan penalti 1-3 kepada SK Sikamat. Lima pelajar SKDKP terpilih untuk mewakili Seremban 1 keperingkat negeri yang akan diadakan sekitar Mei ini. Sekali lagi sekalung tahniah buat pasukan bolasepak sekolah.



Dicatat oleh :

En Hafiz Yahya
Guru Buletin Sukan SKDKP

Thursday, March 29, 2012

Hari Terbuka SKDKP

Hari Terbuka SKDKP telah diadakan pada 30 hb Mac bertujuan untuk membincangkan pencapaian semasa murud-murid dalam bidang akademik. Semoga dengan pertemuan 3 penjuru ini akan menjadi pemangkin dalam mempertingkatkan pencapaian mereka seterusnya.

Monday, March 5, 2012

Renungkan-renungkan


" Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, Dia beri saya kaktus berduri.... Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi saya ulat berbulu... Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..... Itulah jalan Allah... Indah pada masanya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan..... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..... Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..... Insya Allah.. Oleh itu janganlah kita sekadar berharap saja.. tanpa usaha harapan akan tinggal harapan. Jika kita rasa kita lemah... ada yang lebih lemah lagi dari kita... jika kita rasa orang lebih baik dari kita... kita juga sebenarnya ada kelebihan dan kekuatan dari sudut lain. Oleh itu berusahalah anak murid ku... Insya Allah tuhan sedang mengatur yang terbaik untuk mu..."
: buat Tahun 6 sessi 2012

Tuesday, February 28, 2012

Mesyuarat PIBG ke 37













Mesyuarat Agung PIBG SKDKP kali ke 37 telah diadakan pada 24hb Februari 2012 dirasmikan oleh Dato' Haji Mohammad Razi bin Kail, Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan. Banyak perkara yang telah diperbincangkan didalam mesyuarat kali ini. Terimakasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' diatas sumbangannya kepada pihak sekolah,.

Friday, February 17, 2012

Berita PIBG 2012


Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG SK Dato Klana Putra dibawah teraju YDP En Khairul Azmi kerana tercalon sebagai PIBG terbaik daerah Seremban. PIBG SK Dato Klana Putra akan mewakili daerah Seremban untuk bertanding ke peringkat negeri. Seterusnya, andai ada rezeki akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Sekali lagi ucapan tahniah buat semua yang terlibat.

Thursday, November 17, 2011

Tahniah


Tahniah diucapkan kepada adik Nur Azaleen, adik Nurfara Izzatul dan adik Nur Aiman diatas kejayaan memperolehi 5A didalam UPSR 2011. Gred Purata Sekolah (GPS) juga mencatat keputusan yang baik iaitu 1.87 bagi tahun 2011 berbanding 2.09 pada tahun sebelumnya 2010. Semoga mereka terus berjaya. Bagi mereka yang kurang bernasib baik, ingatlah masih banyak ruang untuk memperbaiki diri kerana yang pastinya ini hanyalah permulaan.

Sunday, November 6, 2011

Peristiwa Aidil Adha

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Friday, November 4, 2011

Salam Aidil Adha





Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SKDKP. Semoga semua ibadah korban kita diterima Allah. Sekolah akan bercuti sehingga hari Selasa 8hb Nov disusuli dengan aktiviti ibadah korban peringkat sekolah pada 9hb Nov beserta dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak pada hari yang sama. Semoga aktiviti sedemikian akan membuahkan ikatan ukhwah yang terbaik dikalangan semua warga SKDKP dan masyarakat setempat. Insyaallah.

Monday, October 10, 2011

Sessi LDP



Satu sessi LDP mengenai Pengurusan Aset telah disampaikan oleh Encik Fahmee dari SMK Taman Semarak. En Fahmee yang amat berpengetahuan luas dalam pengurusan aset pernah bertugas di unit pengurusan aset JPNS telah menerangkan secara terperinci mengenai segala pengurusan aset harta kerajaan. Semoga dengan ilmu ini dapat dimanafaatkan sebaiknya oleh semua warga SKDKP.

Wednesday, September 14, 2011

Semoga Berjaya

Semoga anak didik Tahun 6 yang sedang menduduki UPSR 2011 dari 13-15hb Sept akan berjaya mendapat keputusan yang baik. Guru-guru SKDKP sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Insyaallah.

Friday, August 26, 2011

Salam Aidilfitri

Warga kerja unit ICT SKDKP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SKDKP dan umat Islam yang mengenali kami. Kami pohon maaf, zahir dan batin sepanjang kami mengurus dan berinteraksi melalui medium blog ini. Sekali lagi, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dari kami. ' Bergembiralah di Aidilfitri ni dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan'.

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadan 1432H


Syukur ke hadrat ILAHI memberikan kita peluang merasai Ramadan untuk tahun ini. Hayatilah RAMADAN sebaiknya. SALAM RAMADAN UNTUK SEMUA.