Thursday, November 18, 2010

Hari Terakhir Sessi 2010




Hari ini 19hb Nov menyaksikan hari terakhir sessi persekolahan 2010. Inilah barisan guru yang akan terus memberikan khidmat bakti untuk sessi akan datang kecuali Cikgu Azlinda yang akan berpindah ke Perak. Semoga Cikgu Azlina akan terus menabur bakti di tempat baru.

Sunday, November 14, 2010


15hb Nov- Syukur alhamdulillah keputusan UPSR telah diumumkan dimana 4 orang pelajar kita telah mendapat 5A. Kepada yang berjaya diucapkan tahniah, teruskan kecemerlangan apabila berada di sekolah menengah kelak. Kepada yang kurang menyerlah teruskan usaha memperbaiki diri kerana masih banyak ruang lagi untuk kita terus berusaha. Sekali lagi tahniah dari pihak sekolah, buatlah yang terbaik kerana kami guru-guru SKDKP pastinya akan memerhati kamu dari jauh. Kalau orang lain mengatakan kita lemah, pastinya kita ada kelebihan yang tersendiri dari sudut lain.

Sunday, November 7, 2010

Masanya hampir tiba

Masanya sudah hampir tiba...... berita angin membisikkankan keputusan UPSR akan diketahui pada 11 hb November ini. Pastinya debaran sudah semakin kekemuncak, bukan hanya pelajar tahun 6 sahaja malah guru-guru turut merasakan bahang debarannya. Insya Allah bagi pihak sekolah dan guru-guru pastinya telah mengusahakan segala yang termampu demi untuk membantu pelajar tahun 6 menggapai impian yang terbaik buat mereka. Berjaya atau gagalnya disini bukan jalan terakhir, tetapi hanya sekadar satu anjakan permulaan untuk melangkah maju setapak lagi kehadapan, masih banyak ruang lagi untuk kita memperbaiki diri. Pada yang berjaya, ingatlah jasa ibubapa, guru-guru serta rakan-rakan yang banyak membantu kita, pada yang kurang menyerlah, teruskan usaha kerana masih banyak ruang lagi di hdapan kita untuk kita memperbaiki keadaan. ... insya allah.

Pertandingan Futsal Daerah Seremban


18hb Oktober. Kejohanan Futsal Piala Pengarah Negeri Sembilan Seremban Barat telah diadakan di padang sekolah dengan disertai oleh hampir 20 sekolah sekitar Seremban dengan penglibatan pelajar tahun 6 bagi kategori lelaki dan perempuan. SKKLIA menjuarai pertandingan bagi kedua-dua kategori. Bagi pasukan sekolah masih ada ruang untuk memperbaiki pasukan sekolah khasnya bagi pelajar tahun 6 tahun depan pula. Selagi lagi tahniah pada yang berjaya, pada yang tewas cuba lagi tahun hadapan.