Saturday, March 9, 2013

Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013

Aksi peringkat kumpulan di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Aksi peringkat Separuh Akhir di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah.

Upacara Penutup di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah.

Guru Besar mengkalungkan pingat kepada para pemain. 
Tempat Ke-4 Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013.


Tempat  : Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah
Tarikh    : 26/2/2013 - 1/3/2013 (Rabu-Jumaat)

Peringkat Kumpulan
SKDKP (40) - SK Dangi (15)
SKDKP (31) - SK Pelangai (24)
SKDKP (10) - SK Lavender Height (20)
SKDKP (39) - SK Senawang (7)

Peringkat Suku Akhir
SKDKP (20) - SK Teluk Kemang (19)

Peringkat Separuh Akhir
SKDKP (17) - SK Undang Johol (49)

Penentuan Tempat Ketiga dan Keempat
SKDKP (27) - SK Lavender Height (40)

     Pada 26/2/2013 hingga 1/3/2013 telah berlangsung Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2013 di Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. SKDKP telah menghantar pasukan yang terdiri daripada 12 orang pemain. SKDKP telah diletakkan dalam Kumpulan  D bersama pengelola kejohanan SK Dangi, Juara Sirkit Bawah 11 Tahun 2012 SK Lavender Height, Tempat Ke-4 Kejohanan Ragbi MSSNS Bawah 12 Tahun 2012 SK Senawang dan pasukan yang sedang meningkat naik SK Pelangai. 
    Alhamdulillah, SKDKP telah melepasi peringkat kumpulan sebagai Naib Juara kumpulan dibelakang SK Lavender Height. Walaubagaimanapun, SKDKP telah menerima tentangan yang sengit daripada SK Pelangai untuk merebut slot ke Suku Akhir. Namun, semangat juang tinggi yang telah ditunjukkan oleh pemain SKDKP telah melayakkan SKDKP untuk ke Suku Akhir menentang Juara Kumpulan C, SK Teluk Kemang pada 28/2/2013. Sejarah tercipta apabila SKDKP berjaya melangkah ke peringkat Separuh Akhir apabila menewaskan SK Teluk Kemang dengan mata 20 - 19. Walaupun ketinggalan 10 - 19 pada mulanya, berkat usaha dan semangat juang tinggi para pemain telah membuahkan hasil apabila melakukan 2 kali jaringan   berturut-turut yang membawa 10 mata di akhir babak permainan. 
    Pada sebelah petangnya pula, SKDKP menentang SK Undang Johol yang merupakan Juara bertahan untuk kejohanan ini. Faktor keletihan, kecederaan dan kurang pengalaman beraksi di peringkat ini antara punca SKDKP tewas dengan mata 17 - 49. Pada 1/3/2013 SKDKP turun sekali lagi menentang SK Lavender Height untuk perebutan tempat ketiga. Walaupun tewas seterusnya menduduki tempat keempat, para pemain SKDKP telah membuktikan bahawa mereka mampu memberikan tentangan dan tidak gentar kepada pasukan yang lebih baik daripada mereka. 
     Pada sebelah petangnya pula, telah berlangsung Majlis Penutupan di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Alhamdulillah, seorang pemain daripada SKDKP iaitu Mohd Iqmal Bin Masdi telah terpilih mewakili Negeri Sembilan untuk Kejohanan Ragbi MSSM 2013 (Kebangsaan) yang akan berlangsung di Perak pada 25/3/2013 - 29/3/2013. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada warga SKDKP serta ibu bapa kerana telah memberikan sokongan dan dorongan kepada pasukan Ragbi SKDKP 2013. Semoga tahun-tahun yang  mendatang akan lebih gemilang untuk sukan Ragbi SKDKP.