Wednesday, November 21, 2012

Tahniah kepada yang berjaya

Tahniah kepada adik Nurul Fazira kerana memperolehi 5A dan kepada 4 orang pelajar lagi yang berjaya memperolehi 4A 1B. Kepada yang kurang berjaya, masih ada ruang lagi untuk memperbaikinya kerana perjalanan untuk menimba ilmu masih jauh. Gagal atau kurang menyerlah pada UPSR kali ini bukan  penghalang untuk terus  berjaya di masa hadapan, tetapi jadikanlah ia sebagai titik tolak untuk terus berjaya dan memperbaiki diri. Kepada warga pendidik Tahun 6 2012, janganlah berputus asa tetapi jadikanlah ini satu cabaran untuk kita terus bekerja sebagai satu pasukan menghasilkan pelajar yang berpendidikan dan bersahsiah tinggi. Insyaalah SKDKP akan bangkit semula pada UPSR 2013 dengan gandingan guru-guru baru yang lebih mantap dan berkaliber dibandingkan tahun sebelumnya. Sesungguhnya kita belajar dari kelemahan dan kesilapan yang lalu. Terimakasih warga pendidik SKDKP Tahun 6 2012.

Sunday, November 11, 2012

Selamat Tinggal SKDKP

Berakhir sudah sessi persekolahan peringkat rendah bagi pelajar Tahun 6 2012 SKDKP. Pastinya banyak kenangan manis yang terpahat di hati mereka.Terimakasih diucapkan kepada semua guru yang telah mendidik mereka sejak berumur 7 tahun lagi sehinggalah ke saat ini. Insyaallah, keputusan UPSR 2012 akan diumumkan pada 19hb November ini. Semoga mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Wednesday, November 7, 2012

HARI KECEMERLANGAN DAN GRADUASI PRA SEKOLAH DAN TAHUN 6 2012
















Kehadiran YB Tuan Mustafa Salim telah memeriahkan lagi majlis Hari Kecemerlangan dan Graduasi murid Pra Sekolah dan pelajar Tahun 6 yang diadakan pada 6hb November yang lalu.. Terimakasih kepada YDP, NYDP PIBG serta barisan guru-guru yang sebulat hati bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Semoga semangat bekerjasama yang telah lama terjalin ini akan diteruskan dimasa hadapan.Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang menerima anugerah, pada yang kurang menyerlah masih ada ruang dan peluang untuk memperbaiki diri.








Majlis Qurban Peringkat Sekolah





Bertarikh 5hb November 2012, sekolah telah mengadakan majlis qurban peringkat sekolah, Terimakasih diucapkan kepada semua warga skdkp dan AJK PIBG yang turut bersama menjayakan majlis tersebut. Moga ibadah qurban kita diterima Allah. Insyaallah.

Saturday, October 27, 2012

Salam Aidil Adha 1433H

Salam Aidil Adha 1433H buat semua warga SKDKP dan umat Islam. Semoga ibadah Qurban yang dijalankan diterima dan dirahmati Allah. Insyaallah.

Wednesday, October 17, 2012

Wednesday, September 19, 2012

SSQS 2012


Bertarikh 18 dan 19hb September 2012 yang lepas sekolah dikunjungi oleh 2 orang Jemaah Nazir Persekutuan dari Putrajaya bersama pegawai dari BTPNS dan PKG Mantin bertujuan untuk menjalankan Pemantauan Pemverikasian PKS SSQS 2012. Ini adalah susulan dari Anugerah 5 Bintang yang diterima oleh pihak sekolah untuk SSQS 2011. Terimakasih diucapkan kepada Cik Aisyah dan Encik Veera selaku jemaah nazir diatas pembentangan dapatan kekuatan dan kekurangan perlaksanaan SSQS di SKDKP mengenai pembudayaan pengunaan ICT di sekolah. Unit ICT SKDKP mengucapkan terimakasih kepada semua warga guru SKDKP diatas kerjasama sebagai responden SSQS 2012. Semoga pembudayaan ICT dapat dilaksanakan dengan cemerlangnya di SKDKP. Insyaallah.

Monday, September 17, 2012

Berakhir sudah....

Pelajar Tahun 6 telah selamat menduduki UPSR yang bermula dari 11hb Sept- 13hb Sept 2012. Semoga segala usaha bersama yang telah dijalankan akan membuahkan hasil yang memuaskan. Insyaallah.

Pada 14hb Sept 2012 pula diadakan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Semua warga SKDKP menggembeling tenaga sehingga berjayanya majlis serta sambutan tersebut diadakan dengan jayanya. Terimakasih kepada semua pihak yang memberikan komitmen yang terbaik.

Thursday, August 9, 2012

Malam Lailatul Qadar

"LAILATUL QADAR, MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN" Print

Image10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan Hadis Rasulullah s.a.w di antaranya firman Allah s.w.t.

Sebab turun Surah Al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w telah menyebut temtang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat tersebut.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah s.w.t menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam Lailatul qadar. Ianya satu malam yang menyemai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w menyebut

Maksudnya: ‘ Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan ramadhan lebih daripada yang lainnya.

Rasulullah s.a.w melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: ‘ Nabi s.a.w apabila amsuk 10 akhir ramadhan baginda mengikat kainnya.Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatul Qadar

Kerana mulianya Lailatul Qadar, Rasulullah s.a.w menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. maksudnya,

"Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lainsedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w sendiri menjadi contoh yang baik dalam menghayati malam Lailatul Qadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan ramadhan dengan beriktikaf di masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatul Qadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. katanya:

Maksudnya:" Biasanya Rasulullah s.a.w berusaha dengan bersungguah-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil tersebut ialah 21,23,25,27 dan 29 dari bulan ramadhan. Dalam pada itu, terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam lailatuqadar itu pernah di temui dalam zaman Rasulullah s.a.w pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa lalilatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.Baginda menjelaskan malam lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t supaya setiap umat islam menghayati 10 malam yang akhir daripada ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa Khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagaimana kiranya saya mengetahui malam lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.

2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar dan hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan 1433H



Salam Ramadhan 1433H buat semua warga SKDKP. Semoga amalan kita diberkati Allah dan hayatilah Ramadhan ini sebaik mungkin. Insyaallah.

Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang


Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang telah disempurnakan oleh Tn Hj Kamaruddin, GB SKDKP pada 19hb Julai. Moga dengan pelancaran ini, semangat cinta dan sayangkan Jalur Gemilang akan lebih dihayati oleh generasi muda khasnya semua warga pelajar SKDKP

Friday, July 13, 2012

Tahniah

Warga SKDKP mengucapkan tahniah kepada Encik Lukmanurhakim dan Puan Roslinah kerana telah terpilih menerima APC bagi 2011. Semoga pada tahun hadapan akan meneruskan kecemerlangan didalam mendidik anak bangsa.

Thursday, May 3, 2012

Saturday, April 14, 2012

Selamat Bersara




16hb April 2012 ini merupakan hari terakhir buat Puan Salmah Dari berkhidmat di SKDKP kerana bersara wajib setelah berkhidmat selama 34 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau bertukar ke SKDKP pada 2004 dan sempat menabur bakti selama 8 tahun sebagai GPK KK, GPK HEM dan akhir sekali sebagai GPK 1. Warga SKDKP mengucapkan jutaan terimakasih di atas khidmat bakti beliau selama berada di SKDKP. Semoga Puan Salmah Dari berbahagia disamping keluarga tersayang.

Monday, April 9, 2012

Tahniah SKDKP


Tahniah buat pasukan bolasepak SKDKP kerana berjaya bergelar Naib Johan MSSNS Seremban 1. Pasukan bolasepak berjaya ke final namun tewas tipis melalui sepakan penalti 1-3 kepada SK Sikamat. Lima pelajar SKDKP terpilih untuk mewakili Seremban 1 keperingkat negeri yang akan diadakan sekitar Mei ini. Sekali lagi sekalung tahniah buat pasukan bolasepak sekolah.



Dicatat oleh :

En Hafiz Yahya
Guru Buletin Sukan SKDKP

Thursday, March 29, 2012

Hari Terbuka SKDKP

Hari Terbuka SKDKP telah diadakan pada 30 hb Mac bertujuan untuk membincangkan pencapaian semasa murud-murid dalam bidang akademik. Semoga dengan pertemuan 3 penjuru ini akan menjadi pemangkin dalam mempertingkatkan pencapaian mereka seterusnya.

Monday, March 5, 2012

Renungkan-renungkan


" Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, Dia beri saya kaktus berduri.... Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi saya ulat berbulu... Saya sedih dan kecewa. Namun kemudiannya kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik..... Itulah jalan Allah... Indah pada masanya... Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi dia beri apa yang kita perlukan..... Kadang-kadang kita sedih, kecewa, terluka..... Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..... Insya Allah.. Oleh itu janganlah kita sekadar berharap saja.. tanpa usaha harapan akan tinggal harapan. Jika kita rasa kita lemah... ada yang lebih lemah lagi dari kita... jika kita rasa orang lebih baik dari kita... kita juga sebenarnya ada kelebihan dan kekuatan dari sudut lain. Oleh itu berusahalah anak murid ku... Insya Allah tuhan sedang mengatur yang terbaik untuk mu..."
: buat Tahun 6 sessi 2012

Tuesday, February 28, 2012

Mesyuarat PIBG ke 37













Mesyuarat Agung PIBG SKDKP kali ke 37 telah diadakan pada 24hb Februari 2012 dirasmikan oleh Dato' Haji Mohammad Razi bin Kail, Exco Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan. Banyak perkara yang telah diperbincangkan didalam mesyuarat kali ini. Terimakasih diucapkan kepada Yang Berhormat Dato' diatas sumbangannya kepada pihak sekolah,.

Friday, February 17, 2012

Berita PIBG 2012


Tahniah diucapkan kepada AJK PIBG SK Dato Klana Putra dibawah teraju YDP En Khairul Azmi kerana tercalon sebagai PIBG terbaik daerah Seremban. PIBG SK Dato Klana Putra akan mewakili daerah Seremban untuk bertanding ke peringkat negeri. Seterusnya, andai ada rezeki akan mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan. Sekali lagi ucapan tahniah buat semua yang terlibat.