Sunday, May 2, 2010

Penubuhan SKDKP




SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini adalah sekolah yang pertama di kawasan Lenggeng. Pada awal 1890, Sekolah Lenggeng dikenali sebagai Sekolah Atap Ijok yang dibina di Pekan Lenggeng. Kemudian ia dipindahkan ke tapak baru yang terletak 1km daripada Pekan Lenggeng. Pada masa itu murid sekolah ini terdiri daripada murid lelaki sahaja. Pengambilan murid perempuan dimulakan selepas mendapat bangunan baru. Sekolah ini kemudiannya dijadikan Sekolah Rendah Pusat Lenggeng kerana menjadi tumpuan pelajar sekitar Zon Lenggeng.

Pada tahun 1890, sekolah Melayu yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Lenggeng telah dibina. Sekolah ini terletak kira-kira 25km dari Bandar Seremban. Didirikan di kawasan seluas 7 ekar. Kawasan sekitarnya terdiri daripada perkampungan Melayu, ladang-ladang getah dan dua buah perkampungan baru Cina.

Pada peringkat permulaan, sekolah ini hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Namun kemudian ia ditambah selaras dengan kemajuan pendidikan. Bangunan baru telah bertambah kepada 3 blok bangunan tambahan.

Kurikulum asas sekolah ini ialah berorientasikan Bahasa Melayu. Kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu menyebabkan perubahan berlaku di sekolah ini. Kurikulum berorientasikan Bahasa Inggeris mula diperkenalkan. Pentabiran sekolah terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Rendah Melayu dan Sekolah Rendah Inggeris.
Pada tahun 1972 ia digabungkan kembali menjadi satu pusat pentabiran baru iaitu Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng. Sekolah Kebangsaan Dato’ Klana Putra mendapat namanya sempena mengambil nama Undang Luak Sg. Ujung iaitu Dato’ Klana.

5 comments:

  1. orait... buat jangan tak buat....

    ReplyDelete
  2. kalau ada member2 yang pandai, mai la tolong2 join skali...

    ReplyDelete
  3. Boleh da tu, janji dah ada gambar dan tapak. Belajar buat blog ni sebenarnya trial and error. Lama2 nanti pandai le tu.. Ye tak?

    ReplyDelete
  4. amcam ok tak, dah masuk gambar. nanti saya upgrade le dari masa ke semasa. baru belajarr le katakan....... -azman

    ReplyDelete